Translate

Rabu, 1 Julai 2015

Travel to Kelantan

Assalamualaikum warahmatullah...

Pada 20 Jun yang lalu bersamaan hari Sabtu pagi, aku dan keluarga aku yang dah lama tak travel ke Kelantan (rumah mak mentua aku), ke Kelantan untuk ke sekian kalinya. Memang dah lama aku tak ke sana, sibuk dengan study, kerja dan wife aku pun sibuk juga jaga anak-anak kami. So kali ni aku memang rancang untuk ke sana betul-betul. Kami pun bertolak pagi, lebih kurang pukul 9.00 pagi.

Alhamdulillah, perjalanan lancar dan kali ni aku tak gunakan jalan Taiping dan Kuala Kangsar tapi sebaliknya menggunakan jalan yang lebih 'short cut' iaitu melalui jalan Kulim,
kemudian keluar ke highway Lunas...straight away ke Baling. Waktu di Kulim, aku tengok angin dan mendung yang agak tebal dan kemudiannya hujan pun mulai turun perlahan-lahan.

Tak ada apa-apa yang menarik sewaktu perjalanan ke Baling dan seterusnya ke Grik, lagipun kami sekeluarga berpuasa dan wife aku pun memang tak masak apa-apa untuk perjalanan kami kecuali anak-anak aku yang masih kecil yang tidak berpuasa, so sampai di Grik, aku singgah le kejap di KFC sana untuk membeli makanan tengahhari anak-anak kecil aku. Kemudiannya, kami meneruskan perjalanan dari Grik untuk merentasi Banjaran Titiwangsa yang bergunung ganang di sekelilingnya.

Kami singgah di Royal Belum pada tengah hari untuk anak-anak kecil aku menjamah makan tengah hari. Aku pula perlu Khailullah dalam 20 minit untuk mengembalikan tenaga sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan.

Sampai di Jeli, aku memperlahankan kereta sedikit kerana aku merancang untuk singgah di Rantau Panjang. Ini kali kedua aku singgah di Rantau Panjang sebab sebelum ni aku pergi ke sana sebelum banjir besar baru-baru ni. Memang best kalau nak shopping kat sana. Banyak barang-barang yang memang murah dan menarik untuk diborong kat sana. Baju kurung, baju raya budak-budak, baju melayu, songkok, buah mempelam, toto, set pinggan mangkuk dan segala macam benda ada di sana. Pendek kata, kalau nak shopping kat sini, memang setanding dan lagi best dari shopping kat hypermarket Mall - mall besar kat KL. Aku tak nafikan, memang ada produk-produk yang ada kat Mall tu, tak ada kat Rantau Panjang ni, tapi at least memang menarik kalau dapat datang sini.

Sebab kedua aku melalui Rantau Panjang ialah aku nak cuba jalan yang aku rasa lebih dekat ke Kota Bahru. Jalan tu kalau tak salah aku menghampiri 'border' antara sempadan Malaysia dengan Thailand. Maklum la, Rantau Panjang sendiri pun adalah sempadan antara Malaysia dan Thailand dan juga salah satu kaedah rakyat Malaysia boleh memasuki negara Thailand dengan cara yang halal melalui imigresen Malaysia-Thailand.

So..lepas aku singgah di Rantau Panjang buat seketika, dengan perut yang agak lapar sebab berpuasa, aku meneruskan perjalanan aku ke rumah mak mentua aku di Tumpat. Kami sekeluarga sampai di sana pada pukul 4 petang iaitu perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 7 jam dicampur sekali dengan masa tidur di Royal Belum, masa survey baju raya kat Rantau Panjang dan lain-lain masa aku berhenti seketika di tepi jalan dan sebagai-sebagainya.

Oklah..setakat ni aje coretan aku ..InsyaAllah di lain masa aku akan menulis lagi. Sekian, wassalam...

1 ulasan:

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)