Ahad, 17 Ogos 2008

Hadith - Kelebihan Ramadhan

Daripada Hazrat 'Ubadah Bin Somit r.a sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda pada suatu hari ketika bulan Ramadhan telah datang kepada kami," Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah Subhanahuwataala akan menumpukan perhatianNya kepadamu dlm bulan Ramadhan, lalu dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada malaikatNya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah orang yang telah dijauhkan daripada rahmat Allah pada bulan ini.

Keterangan

Berlumba-lumba ialah melakukan sesuatu dengan kehendak yang bersungguh-sungguh untuk mengatasi orang lain, bekerja dalam melawan dan menandingi orang lain dengan bangga di samping menunjukkan kehebatan masing-masing.
Cerita yang hendak saya tuliskan di sini ialah bukan perkara yang hendak dimegah2kan, tetapi hanya sekadar menceritakan nikmat ALlah SubhanahuwaTaala. lantaran tiada upaya, saya tidak mampu berbuat apa-apa, namun saya gembira apabila melihat ahli keluarga perempuan sewaktu dirumah. Kebanyakan mereka mengambil berat untuk mengatasi orang lain dlm membaca alQuran. Di samping melakukan kerja rumah, mereka masih mampu membaca 15 - 20 juz alQuran dengan mudah setiap hari. Semoga Allah dengan rahmatNya menerima amalan itu dan memberi taufik serta hidayah kepada mereka.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "Hadith - Kelebihan Ramadhan"

JHaZKiTaRo berkata...

salam ziarah dari bumi Dublin. Nice blog!! Keep it up. Kalau rajin, dtg laa ziarah blog hamba.. :)