Selasa, 19 Februari 2008

Menerangkan tentang rezeki

Bismillahirhir Rahmaanir Rahiimi..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

“Tidak ada sesuatu yang melata di muka bumi ini, kecuali ditanggung oleh Allah Taala rezekinya dan dia (Allah) mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya, semua (tertera) di kitab yang jelas”.
(Surah Hud- ayat 6)

Mudah-mudahan Allah Taala menghindarkan dari kita sekalian bahaya yang jelas dan samar-samar.

Di dalam sebuah hadith diterangkan, maksudnya :

“Tiada solat yang tidak membaca selawat untuk saya”.

Ibnu Qashshar menjelaskan bahawa artinya, tidaklah solat itu sempurna , atau bagi orang-orang yang yang belum pernah membaca selawat untuk saya meskipun satu kali selama hidupnya.

Di dalam hadith Abi Ja’far dari Ibnu Masud dari Nabi Muhammad Saw, maksudnya:

“Barangsiapa mengerjakan solat dengan bersungguh-sungguh dan dia tidak membaca selawat di dalam solat itu untuk saya dan untuk keluarga saya , maka solatnya tidak diterima”.

Kata Daaru Quthny, yang benar-benar bahawa hadith itu dari kata-kata Abi Jaafar Ash Shaadiq Muhammad bin Aly Bin Hussain Ra, maksudnya:

“Kalau saya mengerjakan sesuatu solat, di dalam solat itu saya tidak membaca selawat untuk Nabi dan untuk keluarganya, maka saya berpendapat bahawa solat saya itu tidak sempurna”.
(Syifaa-un Sayriifun)

Kata asy Syaikhul Ustaz Imam Ahmad: “Sungguh Nabi ‘alaihish shalaatu wasssalaamu telah menikah seorang perempuan dan membawa ke rumahnya kemudian menyelenggarakan sesuatu walimah serta mengumpulkan para sahabatnya di rumah. Apapun hidangan yang tersedia hanya sedikit, sehingga mereka semua menjilat makanan itu yang kebetulan makanan itu terlalu mencair lunak kerana memang gandumnya hanya sedikit. Maka mereka berbincang-bincang sedang Nabi Muhammad SAW mengerjakan solat.

Ketika selesai solat beliau bersabda : “Berbincang-bincang tentang apakah kamu semua ini?”
Mereka menjawab: “Tentang rezeki”.

Beliau baginda Saw bersabda: “Maukah kamu sekalian mendengarkan hadith yang disampaikan yang disampaikan oleh Jibrail kepada saya?”

Mereka menjawab: “Baiklah ya Rasulullah”.

Sabda beliau ‘alaihish shalaatu wassalaamu: “Jibrail telah memberitahu saya bahawa nabi Sulaiman As mengerjakan solat di tepi laut, dan dia melihat seekor semut berjalan, sedang di mulutnya terdapat selembar daun yang masih hijau dan dia berteriak di tepi pantai itu. Maka datanglah seekor katak dan meletakkan semut tersebut di belakangnya dan kemudian menyelam ke dasar laut. Sesudah itu semut itupun timbul dan terapung di atas air dan datang kepada Nabi Sulaiman As.
Kata Nabi Sulaiman As: “Ceritakan apa yang terjadi kepadamu”.
Kata semut tersebut: “Di dasar laut ini terdapat batu besar yang tuli dan di dalam batu besar itu terdapat sekor ulat yang rezekinya telah diberikan oleh Allah Taala dengan perantaraan saya. Maka setiap hari saya datang dua kali dengan membawa apa-apa yang telah direzekikan oleh Allah Taala kepadanya.
Di laut ini Allah Taala telah menciptakan satu malaikat untuk saya berbentuk katak dan dialah yang membawa saya dan menyelam ke dasar laut ini sehingga katak itu meletakkan saya di atas batu besar itu dan batu itupun terbuka sehingga ulat itu keluar dari batu itu dan saya memberikan makanan kepadanya apa-apa yang saya bawa.
Kemudian katak itu membawa saya kepermukaan air. Dan tiap-tiap selesai makan ulat itu mengucapkan, maksudnya:

“Maha Suci Allah yang telah menciptakan saya dan di dalam laut Dia telah menjadikan saya (hidup) serta tidak lupa pula akan rezeki saya, apakah umat Nabi Muhammad SAW akan lupa terhadap rahmat Allah?”
(Raunaqul Majaalis)

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Taala setelah menuturkan di dalam ayat yang pertama , Dia Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka rahsiakan dan apa-apa yang mereka tampakkan, maka Allah Taala menyertakan sesuatu ayat yang menunjukkan bahawa Dia juga Maha Mengetahui semua makhluknya, Maha Mengetahui pula kepentingan-kepentingan mereka.

Bersambung...
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "Menerangkan tentang rezeki"

Servidores berkata...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Servidor, I hope you enjoy. The address is http://servidor-brasil.blogspot.com. A hug.