RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang
bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari
kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".



14 comments: on "Kelebihan SURAH YASIN"
"8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya."
hmm..boleh tau d mane dapat hadis ni???
sbb bnyk pndpt mngatakan pahala doa kepada si mati tidak akn smpai kerana pahala tdak boleh diubah milik...
jus curious...
sila rujuk pada link di bawah
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=110875
Maaf..saya dapat dari satu artikel yang dikirim ke email saya. Sebenarnya saya bukanlah arif dalam bidang ni. Tapi pahala kan ke kita boleh sedekahkan pada arwah.
Minta izin untuk copy paste ke blog saya sebagai renungan saya di masa kelak~
kalau orang lain tak pasti le..tapi kalau anak yang soleh bacakan untuk kedua orang tuanya...dah tentu sampai ...
saya sdg buntu dgn sikap anak saya,
bolehkah saya bacakan surah yassin dan sedekahkan padanya supaya dilembutkan hatinya...
kalau niat baik dan betul..insyaallah Allah s.w.t akan makbulkan...
mohon saya nak share di fb
salam...hadith tentang kelebihan suarh yasin pada mlm jumaat adalah maudhu'...kerana org yang mengeluarkan hadith itu adalah pendusta.. dr www.wahyu2u.wordpress.com
yasin boleh dibaca untk pelbagai guna..bagi nk melembutkan bacalah surah toha ayat 1-5..dr www.wahyu2u.wordpress.com / fb : perubatan islam al-wahyu
sebelum terbitkan sesebuah hadith pastikan sandarannya itu drp mana dahulu kerana sekarang ini banyak hadith yang direka2 (maudhu')
tengok dl sanad dan rawi hadith..
rujuk dlm buku (40 hadith palsu yang popular)
Barangsiapa yang berdusta ke atas Nabi Muhammad SAW... Maka ingatlah ancaman api neraka baginya...
Oleh itu, berwaspadalah dengan hadits yang di SEBARKAN... banyak hadits2 tentang kelebihan tentang sesuatu adalah dhaif malah ada yang maudhu'... sebelum post artikel tentang sesuatu hadits, maka semaklah terlebih dahulu... takut2 kita tergolong dikalangan org yang mendustakan Nabi Muhammad SAW... Wa Allahu A'alam..
Barangsiapa yang berdusta ke atas Nabi Muhammad SAW... Maka ingatlah ancaman api neraka baginya...
Oleh itu, berwaspadalah dengan hadits yang di SEBARKAN... banyak hadits2 tentang kelebihan tentang sesuatu adalah dhaif malah ada yang maudhu'... sebelum post artikel tentang sesuatu hadits, maka semaklah terlebih dahulu... takut2 kita tergolong dikalangan org yang mendustakan Nabi Muhammad SAW... Wa Allahu A'alam..
Yasin surah ketenangan jiwa.
Catat Ulasan